Bagaimana Nak Masukkan Adsense Dalam Blog

Ok untuk pelajaran kali ini.. saya andaikan permohonan korang utk dapatkan akaun google adsense diterima.

Kalau yg belum berjaya tu...sila abaikan pelajaran ini..


Bagaimana rupanya adsense ini??

Mayb ramai yg penah nampak adsense pada website, tetapi ramai yg tak tau itu adalah adsense dan boleh menjana pendapatan kepada empunya website.

Lihat website dibwah...mesti penah nengok kan..ni la friendster...cuba nengok iklan yg dibulatkan tu...itulah rupa adsense


Tahukah kita berapa income friendster daripada adsense..andaikan 1 klik adalah $0.05..sekiranya terdapat 10000 klik sehari bermakna $500/sehari..dan $15 000/sebulan..itu jika 10,000 klik...namun tahukah anda berapa trafik friendster setiap hari..lebih daripada itu...




OK ..sekarang korang login ke http://blogger.com dan kita mulakan proses memasukkan adsense.

Saya andaikan korang dah faham features yg terdapat template korang tu...Sila ikuti langkah dibwah;


1- Masuk ke Template dan klik Add a Page Element. Korang boleh pilih mana2 bahagian Add a Page Element yang anda inginkan.

2- Klik pada ADD TO BLOG pada ADSENSE seperti gambar di bwah.



3- Anda boleh memilih mana2 format dan color yang sesuai utk blog anda.

Tips>>>>>Pilih format dan color yang menyamai background blog anda...sekiranya background blog anda berwarna hitam..pilih background adsense berwarna hitam juga..dan tulisan adsense pula menyamai warna font tulisan blog anda.

4- Dah selesai...click SAVE CHANGES

5- Buka blog anda menerusi url http://namabloganda.blogspot.com dan lihat adakah adsense sudah muncul di dalam blog.

6- Anda boleh mengubah kembali kedudukan adsense dan format adsense sekiranya anda merasakan tidak sesuai. Nak ubah hanya perlu drag adsense tu ke mana2 bahagian yg dikehendaki.


7- Sekarang anda boleh mengubah isi kandungan blog anda kepada bahasa melayu sekiranya anda ingin berbuat demikian. Namun anda digalakkan menggunakan bahasa inggeris kerana iklan adsense kurang didapati dalam bahasa melayu..anda akan dapati adsense anda kadang2 tidak keluar..ini kerana adsense lebih mesra dgn kandungan blog berbahasa inggeris.


peringatan..jgn meletakkan harapan tinggi utk mendapat income tinggi melalui adsense, ini kerana faktor utama kejayaan adalah trafik yg tinggi ke website/blog anda. Bukan mudah utk menarik sejumlah trafik yg besar.

Namun tujuan saya memberi pelajaran ini hanyalah utk kita mendapat sedikit keuntungan melalui adsense. Katakan dalam 1 tahun , kita cuma mendapat USD100= RM360, itu sudah mencukupi kerana ia datang secara percuma.

Bagi yang ingin melibatkan diri secara serius dlam adsense, masih banyak ilmu yg perlu anda ketahui. Saya akan memberi info dari semasa ke semasa utk meningkatkan pendapatan adsense anda.

Sekian..selamat menjana pendapatan melalui adsense...

0 comments:

Copyright © 2008 - BloGGeR PaRaDisE - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template